Maklumat Program

Produk

  1. Buku teknik menghafaz al-Quran bagi kanak-kanak, remaja dan dewasa

  2. Menyalurkan senarai harga buku-buku bagi disediakan di pasaran dan melalui tempahan

  3. Makanan sunnah seperti kismis dan kurma yang berkhasiat dan telah dibaca dengan ayat-ayat penyembuh

 

Program Motivasi & Ilmu Eksekutif

a. KULIAH AGAMA EKSEKUTIF
Diadakan di pejabat-pejabat kerajaan & swasta ketika waktu rehat bagi meningkatkan ilmu pengetahuan pekerja berdasarkan agama dan motivasi pengurusan pentadbiran yang bertunjang kan syariah.

b. KLINIK PENGAJIAN AL QURAN DEWASA
Membantu golongan dewasa yang masih tidak mampu membaca al quran. Kaedah dan teknik pengajian yang komprehensif berdasarkan pengalaman dan teori.

c. KULIAH BAHRUL MAZI
Pengajian kitab turoth pusaka karya agung ilmuan nusantara untuk dikaji dan digali khazanah ilmu dan disemaikan kembali dalam diri individu muslim.

d. KULIAH TARBIYATUL AULAD
Pengajian kitab pendidikan anak- anak menurut kacamata ulama islam yang berasaskan quran dan sunnah dan ilmu yang patut dipelajari oleh pasangan ibu bapa atau bakal mempunyai keluarga.

e. SEMINAR PERUBATAN ISLAM
Kursus & seminar berkaitan gangguan makhluk halus dan juga rawatan kaedah bacaan (jampi) sebagaimana yang diajarkan oleh nabi kepada seluruh umat. Ilmu sebegini jarang dipelajari sedangkan kesemuanya berlandaskan ajaran islam.

f. KAUNSELING KELUARGA
Menangani masalah keluarga dan anak- anak bersandarkan ajaran islam dan doa- doa yang sesuai. Dengan cabaran dunia hari ini memerlukan kita mendapatkan idea dan cara bagi memudah perubahan dari kurang kepada lebih.

g. MOTIVASI WANITA
Kursus sehari untuk para wanita yang bergelar ibu yang akan menjadikan mereka terasa lebih dihargai dan berkhidmat untuk keluarga dengan lebih ikhlas.

h. CERAMAH-CERAMAH SEMPENA TARIKH PENTING ISLAM
Menyampaikan ceramah-ceramah seperti Israk Mikraj, Maulid Nabi, Awal Muharram, Nuzul Quran dan lain-lain.

 

Program Motivasi & Ilmu Remaja

a. KERAS
Kem Remaja Soleh. Perkhemahan Remaja peringkat pertengahan umur yakni remaja lelaki dan perempuan dengan penerapan nilai- nilai akhlak remaja dan pengisian motivasi dengan cara islam.

b. KURSUS IMAM & BILAL MUDA
Perkhemahan remaja lelaki dengan suasana persekitaran di masjid atau surau untuk menjadi para imam atau bilal dengan persediaan ilmu dan bertugas secara professional serta membincangkan isu- isu feqah yang berkaitan,

c. KEM SMART SOLAT
Kursus yang mendekati para remaja yang seringkali meninggalkan suruhan solat fardhu secara sengaja dan tida kekuatan untuk melaksanakannya kerana ketiadaan ilmu berkaitan senangnya mendirikan solat. Kem ini juga membincangkan isu feqah berkaitan dan memberikan kefahaman tentang solat.

d. PERMATA HATI
Perkhemahan remaja lelaki & perempuan yang menghadapi masalah sosial atau yang baru terjebak atau berpotensi untuk terjebak dengan kes- kes sosial yang teruk seperti zina, arak, rokok dan lain- lain lagi.

 

Program Motivasi & Ilmu Pelajar

a. KEM SOLEH
Perkhemahan pelajar di masjid atau di surau dari pagi hingga ke petang sempena cuti sekolah dengan pengisian akademik, ibadah, kekuatan fizikal dan juga kemahiran komputer. Diadakan di banyak lokasi dan digabungkan setiap hujung tahun dengan aktiviti- aktiviti tambahan seperti pertandingan- pertandingan ilmiah.

b. KETARA
Kelas tahfiz al quran kanak-kanak, remaja dan dewasa untuk menghafaz 30 juzu’ al quran dengan memperoleh sijil pengiktirafan (syahadah) dan melahirkan masyarakat generasi al quran.

c. SMART SCHOOL SMART STUDY
Kursus motivasi pelajar di peringkat sekolah berkenaan teknik belajar dan juga cara menjawab pepeiriksaan dengan berkesan terutama bagi pelajar- pelajar yang lemah dan agak ketinggalan.

Info Terkini

The Joomla! Community Thursday, 10 February 2011 07:36 Got a question? With more than 140,000 members, the online forums at forum.joomla.org are a great resource for both new and experienced users. Go ahea...
Content Layouts Thursday, 10 February 2011 07:34 Joomla! provides plenty of flexibility when displaying your Web content. Whether you are using Joomla! for a blog site, news or a Web site for a compa...

Minda Cerah Ar-Razi

Menjana pembangunan insan yang bertaqwa, seimbang dan berkualiti tinggi dengan menyediakan produk dan program latihan motivasi yang berkualiti melalui kerjasama dengan pelbagai agen pencorak masyarakat seperti institusi pendidikan, institusi sosial, organisasi korporat, badan kerajaan dan sebagainya. Informasi ringkas Minda Cerah adalah seperti berikut :

  • Website: www.mindacerah.com
  • Email: This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
  • Office Number: 06-8503866
  • Mobile Number: 012 316 7660 / 013 232 8807

Pertanyaan

Sekiranya ada pertanyaan boleh isi borang di bawah.
5 + 7 =