Profil Syarikat

  • Nama Perniagaan | Ar Razi Resources & Training
  • Nama Komersil | Mindacerah
  • Tarikh Daftar Perniagaan | 19 Jun 2008
  • Tarikh Mula Berkhidmat | 2002
  • No. Daftar Perniagaan SSM | NS0041937-M
  • Bentuk Perniagaan | Pemilikan Tunggal
  • Status Pemilikan | 100% Bumiputera
  • Pemilik Perniagaan | Mohd Fakhrurrazi Bin Mohd Hanapi
  • Jenis Perniagaan | Perundingan dan latihan pembangunan insan
  • Alamat Pejabat & Pusat Latihan | PUSAT ILMU MINDA CERAH (NS0041937-M)
    PT 9894 Tingkat 2, Jalan BBN 1/3 J, Putra Nilai,
    71800 Nilai Negeri Sembilan, Malaysia
  • No. Telefon | (Pejabat) 06 850 3866 , (Bimbit)  012 316 7660 / 013 232 8807
  • Faksimili | 06 850 3866
  • Alamat e-mail | This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
  • Alamat Sesawang | www.mindacerah.com
 

FALSAFAH

Produk mahupun perkhidmatan yang dijalankan ini adalah dengan kerjasama banyak pihak di peringkat korporat, institusi pengajian tinggi, sekolah, masjid atau surau merupakan salah satu ikhtiar dan sumbangan yang kerdil dibawa ke masyarakat awam terutama kepada anak-anak kita.

Ianya bertujuan mendidik dan juga memberi galakan kepada para pelanggan yang juga merupakan seorang individu, penjawat awam, pelajar, anak, dan juga kepimpinan masa hadapan yang perlu mempersiapkan diri dengan ilmu pengetahuan duniawi apatah lagi ukhrawi. Pendidikan yang terawal selepas kelahiran manusia ialah dengan didikan al-Quran, kalamullah yang maha agung. Persiapan ini semua bagi menempuh peredaran masa yang penuh dengan cabaran globalisasi yang memerlukan jatidiri yang kukuh selaras dengan didikan agama.
 
Semoga usaha yang dijalankan ini membuahkan hasil yang memuaskan bagi membentuk generasi al-Quran sebagai seorang individu muslim, pelajar muslim, anak yang soleh dan solehah, dan mukmin yang dinamik dan juga bijak dalam menjiwai semangat keperibadian muslim justeru mampu memperkembangkan ilmu di dalam masyarakat, terutama di sekitar kawasan masing-masing, terus ke peringkat Negara dan antarabangsa, bertepatan dengan hadith nabi S. A. W, yang bermaksudkan, “sebaik-baik golongan ialah mereka yang belajar dan yang mengajarkan al-Quran” Wallahu ‘alam.

 

MATLAMAT
 
Perkhidmatan dan produk bacaan yang dikeluarkankan adalah untuk melahirkan ulama’ muda atau professional yang diisi dengan keilmuan islam, dan moden yang dicorak dengan corakkan al-Quran, disamping dapat merapatkan ukhuwwah di kalangan peserta yang menyertai program di samping bertukar- tukar idea dan pendapat bagi melahirkan pemimpin yang terbilang kepimpinannya, anak yang soleh mahupun solehah, serta pelajar yang cemerlang dalam pelajaran supaya bersedia dengan ilmu yang mantap bagi menempuh dunia yang lebih global.

 

OBJEKTIF

  1. Menyediakan bahan bacaan yang sesuai kepada semua lapisan masyarakat.
  2. Membantu membina syaksiyyah mulia di kalangan kanak-kanak dan remaja.
  3. Menangani masalah remaja dengan kaedah pendidikan dan rawatan Islam.
  4. Melahirkan ulama’ muda dan professional muslim.
  5. Membimbing pelajar menghafaz al-Quran terutama juz-juz dan surah-surah penting seterusnya melahirkan professional hafiz quran.
  6. Membibitkan perasaan cinta kepada al-Quran.
  7. Mendekatkan golongan muda kepada institusi masjid dan menggalakkan mereka mengimarahkannya
  8. Mengeratkan hubungan  ukhuwwah silatulrahim antara pelajar.
  9. Melahirkan anak- anak yang taat kepada kedua ibu bapa, dan juga salah seorang daripada anggota keluarga yang baik akhlaknya.
  10. Melahirkan seorang pemimpin yang berkaliber dan berakhlak tinggi sebagai pelapis kepimpinan umat Islam di masa hadapan.


VISI & MISI
 
Menjana pembangunan insan yang bertaqwa, seimbang dan berkualiti tinggi dengan menyediakan produk dan program latihan motivasi yang berkualiti melalui kerjasama dengan pelbagai agen pencorak masyarakat seperti institusi pendidikan, institusi sosial, organisasi korporat, badan kerajaan dan sebagainya.
 


MOTTO 
 
" Melahirkan Generasi Al Quran "

 

LOGO KORPORAT
 

  • Mengambil bentuk huruf ‘nun’ dalam surah al Qalam yang mana Allah memerintahkan qalam(pena) digunakan untuk menuntut ilmu.
  • Lambang al Quran dan rehal menunjukkan dasar kepada semua umat islam sebagai punca ilmu, petunjuk dan hidayah dalam hidup kita di dunia.
  • 30 titik atau diumpamakan 30 bintang di angkasa di atas rehal tersebut, melambangkan 30 juzu’ al Quran yang merupakan nikmat teragung bagi mereka yang menghafaz al Quran dan merupakan perumpamaan banyaknya mutiara ilmu yang perlu dicapai kerana fitrah Allah jadikan impian manusia itu perlu didongak ke atas bagi menggapainya. Manusia membina tamadun dengan bangunan yang tinggi supaya boleh mencapai bulan dan bintang sperti pyramid, menara Eiffel dan lain- lain.
  • Di dalam bentuk huruf ‘nun’ tersebut juga ditulis 3 potong ayat Allah dalam surah al Qalam :

1. Nuun. Demi Pena dan apa Yang mereka tulis, -

2. Engkau (Wahai Muhammad) - Dengan sebab nikmat pemberian Tuhanmu - bukanlah seorang gila (sebagaimana Yang dituduh oleh kaum musyrik, bahkan Engkau adalah seorang Yang bijaksana).

3. Dan Sesungguhnya Engkau tetap beroleh pahala Yang amat besar, Yang tidak putus-putus, (sebagai balasan bagi menjalankan ajaran Islam);

 

 

 

Info Terkini

The Joomla! Community Thursday, 10 February 2011 07:36 Got a question? With more than 140,000 members, the online forums at forum.joomla.org are a great resource for both new and experienced users. Go ahea...
Content Layouts Thursday, 10 February 2011 07:34 Joomla! provides plenty of flexibility when displaying your Web content. Whether you are using Joomla! for a blog site, news or a Web site for a compa...

Minda Cerah Ar-Razi

Menjana pembangunan insan yang bertaqwa, seimbang dan berkualiti tinggi dengan menyediakan produk dan program latihan motivasi yang berkualiti melalui kerjasama dengan pelbagai agen pencorak masyarakat seperti institusi pendidikan, institusi sosial, organisasi korporat, badan kerajaan dan sebagainya. Informasi ringkas Minda Cerah adalah seperti berikut :

  • Website: www.mindacerah.com
  • Email: This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
  • Office Number: 06-8503866
  • Mobile Number: 012 316 7660 / 013 232 8807

Pertanyaan

Sekiranya ada pertanyaan boleh isi borang di bawah.
0 + 3 =